1 Feb 2013

Kata seru

Kata seru

kata seru ialah  perkataan  yang digunakan  untuk melahirkan  pelbagai perasaan seperti marah,sakit,terkejut,hairan,geram,dan sebagainya.
Kata seru digunakan dalam ayat seru.Ayat seruan  ditanda dengan tanda  seru ( ! )  di akhir ayat.



Kata seru
Huraian dan contoh
Aduh
Untuk menyatakan perasaan sakit.
Contoh : Aduh,sakitnya kaki saya !
Aduhai
Untuk menyatakan perasaan sedih,hampa atau kagum.
Contoh  ; Aduhai ,malang sungguh nasibku!
                 Aduhai,kacaknya pemuda itu !

Ah
Untuk menyatakan tidak setuju  atau menolak  sesuatu.
Contoh : Ah ,biarkan saya berseorangan di sini !
Eh
Untuk menyatakan  perasaan hairan .
Contoh : Eh , bagaimana awak boleh berada di sini !
Hai
Untuk menyapa seseorang atau untuk menarik perhatian seseorang.
Contoh  : Hai , dah  lama tak jumpa !
Oh
Untuk  menyatakan perasaan terkejut.
Contoh : Di sini rupanya awak bersembunyi !
Wah
Untuk menyatakan perasaan gembira  atau  hairan
Contoh : Wah, cantiknya rumah  awak !
                Wah, banyaknya hadiah  hari jadi awak !
Amboi
Digunakan untuk perasaan  gembira dan hairan.
Contoh : Amboi, cantiknya baju  yang awak pakai !
Wahai
Untuk menyatakan perasaan  sayu,sayang,merayu dan menarik perhatian.
Contoh  :  Wahai adik-adikku, belajarlah bersungguh- 
                   sungguh!
Cis
Untuk  menyatakan perasaan marah dan benci.
Contoh : Cis  pengkhianat, pergi kau dari sini!
Syabas
Tahniah
Untuk memuji dan menyatakan perasaan  puas hati.
Contoh :  Syabas ,awak telah berjaya !
                 Tahniah,awak telah  manjadi johan !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan