Karangan

Langkah bijak  untuk menjawab soalan

A; Pemilihan soalan
  1. Baca ketiga-tiga soalan sepintas lalu.
  2. Buat pilihan soalan yang  hendak dijawab.
  3. Pilih soalan yang diyakini mudah untuk anda
B:  Pemahaman soalan
      Baca soalan dan garisai kata kuncinya untuk mengenali
  1. Tajuk sebenar soalan
  2. Sasaran isi soalan
  3. Jenis karangan
  4. Format karangan 
C. Pembinaan  pelan karangan
  1. Bina tapak karangan
  2. Catatkan klu soalan yang sesuai dengan sasaran isi
  3. Catatkan idea utama
  4. Catatkan idea sokongan
  5. Semak urutan idea
D. Menulis karangan
  1. Catatkan nombor soalan yang dipilih pada bahagian tepi sebelah kiri kertas jawapan
  2. Bina ayat yang sesuai untuk pendahuluan. karangan.
  3. Bina ayat topik / khususu untuk  setiap perenggan isi.
  4. Bina ayat keterangan dan huraian untuk melengkapkan penjelasan setiap perenggan.
  5. Bina ayat penutup karangan yang sesuai dan mantap.
E. Menyemak karangan
  1. Semak ejaan,penggunaan imbuhan,dan tanda baca yang digunakan.
  2. Semak kosa kata dan struktur ayat  supaya tepat dengan maksud sebenar setiap wacana.

Proses Mengarang 

Proses mengarang dalam situasi biasa adalah seperti berikut ;



Bil
Aktiviti
Keterangan
1
Memahami soalan
Memahami kehendak sebenar/ idea keseluruhan soalan.
2
Menjana idea
Mencari dan mencatat idea yang relevan untuk dijadikan  rangka karangan
3
Menyunting idea
Membuang ,menggabung,mengubah suai,dan memilih idea yang terbaik,
4
Menyusun idea
Mengatur susun idea  mengikut keutamaan atau kesesuaian persembahan.
5
Menulis draf
Membina ayat   bagi menghasilkan wacana/ perenggan yang  koheren dan kohensi
6
Mengedit

Menyemak aspek ejaan ,imbuhan,tanda baca,kosa kata dan struktur ayat.
7
Penulisan akhir
Menulis karangan yang telah diedit semula agar lebih kemas dan mantap.

Sila klik

 







Latihan menulis karangan;

Karangan genre naratif 
1. Karangan keperihalan kenyataan :
 Soalan 1; Bapa kamu  pekebun sayur.Ceritakan kegiatan kamu mmembantu keluarga kamu  di kebun sayur.

2.Karangan keperihalan imaginatif
Soalan 1 : Kamu telah mengalami mimpi yang aneh.Ceritakan pengalaman  kamu itu.

3.Karangan keperihalan situasi
Soalan 1 : Seorang rakan kamu terjatuh dari pokok  pada masa rehat sekolah.Ceritakan tindakan yang kamu  ambil  untuk  membantu beliau.

4.Karangan melengkapkan cerita.
Soalan 1 :  Lengkapkan cerita di bawah,
        Ketika itu aku  hendak melelapkan mata. Tiba-tiba,telinga ku diterjah suatu  suara jeritan , "Tolong!Tolong!Tolong!"
        Aku bergegas bangun lalu..........

 5.Karangan autobiografi
Soalan 1 ; Sebagai  kasut, kamu telah mengalami kisah suka duka dalam kehidupan.Ceritakan pengalaman tersebut  .

6.Karangan biografi
Soalan 1 : Tulis karangan  tentang negarawan yang kamu kagumi.

Karangan genre laporan 
1. Karangan laporan 
Soalan 1: Baru-baru ini , pihak sekolah kamu telah mengadakan pertandingan syarahan.Tulis  laporan tentang pertandingan tersebut.

2. Karangan catatan.
Soalan 1 : Kamu telah  melakukan  beberapa aktiviti sempena cuti persekolahan yang lalu.Tulis catatan harian tentang aktiviti kamu.

3. Karangan berita.
Soalan 1 : Rakan  kamu telah dipilih sebagai olehragawan sekolah sempena sukan tahunan di sekolah kamu,Tulis berita selengkapnya.

Karangan genre penerangan 
1. Karangan  ucapan
Soalan 1 ; Kamu diminta menyampaikan  ucapan semasa majlis perpisahan seorang rakan .Sediakan  teks ucapan kamu  itu.

2. Karangan syarahan.
Soalan 1. Kamu diminta menyampaikan syarahan berjudul " Cara-cara menjadi murid yang cemerlang ",Sediakan  teks syarahan kamu.

3. Surat kiriman tidak rasmi
Soalan 1:  Tulis surat kepada rakan kamu.Ceritakan kepadanya tentang Hari nugerah Kecemerlngan di sekolah kamu.

4. Surat kiriman rasmi
Soalan 1 : Kelab matematik sekolah kamu akan mengadakan bengkel Matematik.Sebagai setiausaha,kamu diminta menulis surat kepada guru besar memohon kebenaran menggunakan dewan sekolah.

5. Karangan fakta.
Soalan 1; Tidak dinafikan menonton  televisyen memebawa pelbagai kebaikan.Terangkan kebaikan menonton televisyen kepada murid.

Karangan genre penerangan dan naratif
 1.Karangan peribahasa deskriptif
Soalan 1 ; Tulis sebuah karangan peribahasa bertajuk " Seperti aur dengn tebing "

2.Karangan peribaasa naratif
Soalan 1 :Tulis karangan  peribahasa bertajuk " Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh  ke tanah juga".

Karangan genre perbincangan


1. Dialog/ temu ramah
Soalan 1 ; Seorang rakan dari sekolah lain  bertanya tentang lawatan kamu ke Kuala Lumpur.Tulis perbualan kamu itu .

2. Perbincangan
Soalan 1. Tidak dinafikan,menonton televisyen membawa pelbagai kebaikan dan keburukan .Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton televisyen kepada murid.

3. Perbahasan 
Soalan 1:  Kamu  dipilih sebagai  pembangkang dalam pertandingan perbahasan bertajuk"Belajar secara kendiri lebih baik berbanding secara kumpulan ". Sediakan  teks perbahasan  kamu.

 
 
 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan