3 Mac 2013

Latihan 2 ; Senaraikan nilai-nilai murni

Sila tonton  video di bawah dengan teliti .Setelah menonton video ini anda dikehendaki menyenaraikan  lima nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam video.


Nilai-nilai murni yang terdapat dalam video di atas

1;.................................

2;.................................

3;.................................

4;.................................

5;................................

Latihan 1 : Nilai-nilai murni

Berdasarkan video di atas sila nyatakan nilai-nilai murni  yang anda ketahui

1;.........................................

2;........................................

3;.......................................

4;....................................

5;.....................................

25 Feb 2013

Latihan Penjodoh bilangan

Latihan 1
Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

  1. Hanya ada beberapa______ namgka yang tinggal di atas pinggan itu.
  2. Dia membeli tiga______ durian di gerai  Pak Ali.
  3. Peniaga itu mejual sepuluh _________surat khabar.
  4. Emak menjahit baju menggunakan  se_______jarum.
  5. Kakak meletakka dua_____kek di atas piring itu.

Latihan kata adjektif



Latihan 1

1.       Ibu memberitahu saya  bahawa rasa buah ciku itu________ kerana masih muda.
A.       payau
B.      kelat
C.      masam
D.      tawar

2.       Kain batik sarung  yang dipakai oleh Kak Tim berbau___________ akibat  terkena air  kencing adik.
A.      hanyir
B.      hamis
C.      hancing
D.      hapak

3.       Pakaian Cikgu Lam  ___________ dan bersih.
A.      tampan
B.      kemas
C.      segak
D.      cerah

4.       Tanah yang________ itu  sesuai untuk tanam  sayur-sayuran.
A.      gembur
B.      keras
C.      padat
D.      gebu

5.       Adik bongsu  Aidil ________ bercakap walaupun baru berusia tiga tahun.
A.      gembur
B.      keras
C.      padat
D.      gebu

19 Feb 2013

Kata adjektif

Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda,orang,tempat,binatang dan sebagainya.

Kata adjektif
keterangan
 contoh
Kata adjektif sifat atau keadaan
Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama
Jahat,sihat,sakit,besar, berani

Kata adjektif warna
Menerangkan warna sesuatu
Biru,merah,hijau
,kuning hitam

Kata sendi

Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata nama dengan perkataan-perkataan atau frasa-frasa lain dalam ayat.


Kata sendi
penggunaannya
Ayat contoh
akan
 kepada
 terhadap
Untuk menunjukkan sikap dan emosi
  1. Saya suka akan aiskrim.
  2. Ya Allah ,kepada Mu aku berdoa.
  3. Semua pelajar harus hormat terhadap guru
Bagi
,untuk
Untuk sesuatu  yang membezakan  daripada yang lain
  1. Sani membeli kuih untuk ibunya.

16 Feb 2013

Kata bilangan

Kata bilangan ialah kata yang di gunakan  untuk menghitung  sesuatu Ia terbahagi kepada tujuh jenis
.

Jenis kata bilangan
Contoh
Kata bilangan tentu

Satu,dua ,tiga, empat,lima dan sebagainya
Kata bilangan
 tak tentu
Segala,seluruh,beberapa,sekalian,para,
sesetengah, dan sebagainya

Kata  bilangan
pecahan

Setengah,separuh,suku,tiga suku dan sebagainya
Kata bilangan
pisahan

Setiap,tiap-tiap
Kata bilangan
himpunan

Berminggu-minggu,berbulan-bulan,
bertahun-tahun,kedua-dua,ribuan dan sebagainya

Kata bilangan tingkat

Pertama ,kedua,ketiga dan seterusnya
Kata bilangan tanya

berapa
 

1 Feb 2013

Kata seru

Kata seru

kata seru ialah  perkataan  yang digunakan  untuk melahirkan  pelbagai perasaan seperti marah,sakit,terkejut,hairan,geram,dan sebagainya.
Kata seru digunakan dalam ayat seru.Ayat seruan  ditanda dengan tanda  seru ( ! )  di akhir ayat.



Kata seru
Huraian dan contoh
Aduh
Untuk menyatakan perasaan sakit.
Contoh : Aduh,sakitnya kaki saya !
Aduhai
Untuk menyatakan perasaan sedih,hampa atau kagum.
Contoh  ; Aduhai ,malang sungguh nasibku!
                 Aduhai,kacaknya pemuda itu !

27 Jan 2013

Penjodoh bilangan



Baris
Untuk kedudukan benda/ manusia yang berbaris
 Contoh ;orang,kedai,tulisan dan murid
Batang
untuk untuk benda yang panjang
 Contoh ;galah, sungai,jalan,tongkat,giri tiang ,pensel ,pen dan pembaris
Bentuk
Untuk benda kecil yang berlekuk
Contoh ;mata kail subang dan cincin
Bidang
Untuk benda yang terbentang luas
 Contoh ;tanah,kain,kebun,ladang, sawa
Bilah
Untuk benda yang tajam
Contoh ;Keris,pedang,sabit,pisau

Kata ganti tanya



Kata ganti
 tanya
Penerangan
Contoh
Apa
Untuk menanyakan  nama benda atau  binatang
Apakah bnatang yang boleh berenang ?
Apakah warna beg awak ?
Siapa
Untuk menanyakan orang  dan nama orang
Siapakah budak yang berbaju merah itu ?
Siapakah nama nenek awak ?
Berapa
Untuk menanyakan  harga dan bilangan
Berapakah harga sekilo   rambutan itu ?
Berapakah bilangan murid kelas 2 Harmoni?

21 Jan 2013

Kata ganti diri ketiga

Dia  utuk diri orang ketiga yang terdiri daripada rakan sebaya atau orang biasa.
Beliau digunakan untuk diri  orangk etiga yang kita hormati seperti menteri  dan guru.
Baginda digunakan untuk diri orang ketiga yang terdiri dariapda raja dan sultan.
Mereka digunakan untuk orang ketiga yang bilangannya  lebih dariapda seorang.

Contoh;
1. Walaupun Ramlan cacat, tetapi dia lebih suka berdikari.
2.Presiden Amerika Syarikat mengadakan lawaatn ke negara ini.Beliau disambut oleh Perdana Menteri.
3 Yang di Pertuan Agong  telah berangkat ke luar negara.Baginda telah ditemani oleh Raja Permaisuri Agong.
4.Lan dan Halim pergi ke rumah Ahmad. Mereka berbincang tentang pelajaran Bahasa Melayu.

Kata ganti diri kedua

Anda digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita.
Awak digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
Engkau digunakan  untuk diri orang kedua yang amat rapat hubungannya dengan kita atau dengan tuhan.
Tuanku digunakan untuk ketika bercakap dengan raja  dan sultan.
Kalian digunakan untuk beberapa orang yang dilayan bercakap.